Feeds:
Posts
Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Melalui pengalaman, saya tidak pernah menerima pendidikan perniagaan secara formal di sekolah atau universiti. Kerana itu saya sangat berterima kasih kepada banyak sumber rujukan dan buku yang menjadikan setiap bisnes yang saya lakukan sebagai peluang untuk belajar. Mungkin ada banyak lagi buku-buku perniagaan yang hebat diluar sana, tetapi ini adalah 10 buku perniagaan (tidak mengikut susunan) yang banyak mengubah persepsi dan menjadikan siapa saya hari ini :

1. Blue Ocean Strategy (BOS)

Penulis : CW Kim & R. Mauborgne

Telah diterjemah kepada pelbagai bahasa. Saya baca versi English yang lebih mudah difahami. BOS sangat memberi kesan kerana selepas akan membuatkan kita berfikir untuk meletakkan inovasi dan kelainan dalam perniagaan. Saya tidak lagi mahu mengeluarkan produk yang terikut-ikut dengan orang lain. Strategi yang berbeza, dan bagaimana merancangkan BOS bagi perniagaan. Bagi saya, jika produk/bisnes kita tidak unik, maka tiada bisnes. Perniagaan perlu berbeza untuk kekal lama.

BOS juga merupakan inspirasi besar untuk saya mengubah strategi penulisan buku dan juga pemasaran internet.

2. E-Myth Revisited

Penulis : Michael Gerber

McDonalds terkenal dan masih kekal sehingga sekarang bukan kerana mereka pembuat burger yang paling sedap. Saya lebih suka rasa burger tempatan Ramly. Tetapi mengapa McD dapat terus kekal ? Mengapa mereka dapat membuatkan orang percaya burger mereka paling sedap? Mengapa mereka dapat menghasilkan rasa burger yang sama di merata tempat? Rahsianya adalah dengan mempunyai sistem perniagaan. Sistem yang dibentuk, dirancang, dan boleh diduplikasikan. Kedai makan yang berjaya bukanlah kedai makan yang paling sedap, tetapi kedai yang dapat mengekalkan kualiti rasa disemua kedainya.

Pengajaran penting : Tukang masak yang terbaik tidak semestinya peniaga yang baik. Bermaksud jika anda pandai buat sesuatu, tidak semesti anda juga boleh membuka bisnes yang berjaya.

3. The Long Tail

Penulis : Chris Anderson

Konsep yang diketengahkan adalah dengan menawarkan banyak produk dalam sesuatu niche. Contohnya, jika anda menjual buku, anda perlu menjual seratus judul, dan kalau boleh beribu judul dalam pelbagai kategori. Kedai online seperti Amazon mengecap jaya dengan konsep ini. Begitu juga dengan iTune yang menjual lagu-lagu. Ini memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam memilih disamping membuka pasaran pelanggan yang lebih luas.

Di KL, kedai mamak memang cukup popular. Pada pandangan saya, mereka menggunakan teori Long Tail. Walau pun ia kedai yang dikenali dengan roti canai dan teh tarik, tetapi kedai mamak kini menawarkan lebih dari itu. Nasi beriyani, nasi lemak, masakan barat seperti chicken chop sehinggalah masakan tomyam. Sebut sahaja makanan apa, kedai mamak kini lebih universal.

Ini menjadikan lebih banyak jualan berlaku dan bukan hanya produk khusus sahaja. Konsep Long Tail menjadikan produk yang tidak dikenali, laris semula.

4. Guerrilla Marketing

Penulis : Conrad Levinson

Saya suka dengan pendekatan pemasaran gerila kerana ia berkos rendah dan mementingkan kreativiti. Ia sangat sesuai untuk perniagaan kecil. Selama ini kita bercerita mengenai 4P dalam pemasaran, tetapi pemasaran gerila lebih bersifat ‘selamba’ dan ‘main belasah’ dalam pendekatannya. Ia berkesan!

5. The Psychology of Selling

Penulis : Brian Tracy

Ini asas pemasaran. Bermula dari mental setting sehinggalah strategi untuk mendekati pelanggan. Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang takut sangat untuk buat jualan.

6. Built to Last

Penulis : Jim Collins

Adalah strategi bagaimana sesebuah perniagaan tersebut boleh kekal dan boleh diwariskan.

7. Rich Dad Poor Dad

Penulis : Robert Kiyokasi

Ini adalah buku yang memberi pemahaman tentang diri saya sendiri. Setelah 5 tahun berniaga, saya masih belum mempunyai aset yang kukuh. Saya kurang memahami sumber pendapatan dan juga bagaimana berbelanja. Buku ini merupakan permulaan dimana saya mula membina aset seperti tanah dan rumah.

ps : Tidak kira sama ada ada berniaga atau makan gaji. Ia bukan sebanyak mana pendapatan anda, ia adalah sebanyak mana anda simpan dan bagaimana wang tersebut menghasilkan lebih banyak wang. Cadangan buku susulan adalah Guide to Investing juga oleh penulis yang sama.

8. Art of War

Penulis : Sun Tzu

Pendekatan bisnes yang klasik yang diadaptasi dari peperangan. Memang hebat, saya juga baru sedang bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Dan ia adalah peperangan yang mesti dimenangi. Penulis memang benar-benar dapat menggariskan kualiti yang perlu ada ibarat seorang jeneral mengetuai peperangan.

9. Think and Grow Rich

Penulis : Napoleon Hill

Buku ini pun telah berpuluh tahun berada dipasaran. Buku ini adalah bagaimana kita dapat mengawal pemikiran kita untuk mempercayai bahawa apa yang kita inginkan memang boleh dicapai. Ini adalah permainan minda. Bukan hanya untuk kekayaan tetapi juga kejayaan.

Yang saya paling ingat : Whatever your mind can conceived, it can be achieved. (Apa juga yang minda boleh fikirkan, ia boleh dicapai)

10. Creative Genius

Penulis : Peter Firsk

Buku ini saya baru selesai baca beberapa bulan lepas dan ia benar-benar menjasikan saya lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan. Buku ini dapat memberi gambaran tentang masa depan bukan hanya tentang teknologi tetapi juga bentuk perniagaan di masa hadapan. Dahulu jawatan seperti web developer, network security officer tidak pernah ada. Tetapi dimasa hadapan, pelbagai bentuk perniagaan baru dan inovasi terkini menjadikan peralihan perubahan dalam perniagaan.

Dahulu orang sibuk bercerita tentang Google, tetapi sekarang sosial media mengubah banyak perkara.

Saya juga sedang menyiapkan satu buku mengenai media sosial dan kesannya kepada kehidupan manusia. Insyallah.

Saya masih lagi mengumpulkan senarai buku bisnes yang WAJIB dibaca. Tidak seperti dahulu, sekarang banyak juga buku tempatan yang dihasilkan seperti buku Memulakan Perniagaan Sendiri oleh Puan Ainon. Ini tentunya dapat membudayakan membaca di kalangan usahawan.

Mungkin anda boleh kongsikan buku-buku bisnes yang telah anda baca pula.

Sumber: Blog Irwan Dahnil

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

Bismillahirrahmanirrahim

Ada soalan bertarikh July 22, 2011 at 7:46 am daripada Pn Saparizan (pohon maaf kerana saya agak lama tidak update blog);

Husband saya baru memulakan perusahaan mee kuning secara kecil-kecilan dirumah. Boleh tolong beri pendapat.Adakah kami perlu daftarkan nama syarikat sendiri untuk memperkembangkan perusahaan. Dari apa yang saya baca Enterprise adalah lebih sesuai daripada sdn bhd. Selain dari itu saya buntu untuk memikirkan nama syarikat yang sesuai untuk didaftarkan.

Terima kasih kepada Pn Saparizan, atas soalan yang bagus. Sebelum menjawab soalan Pn, saya ingin bertanya.. adakah hasil perusahaan mee kuning puan dah ada sumber wang masuk? Maksud saya dah ada list/senarai pelanggan-pelanggan yang membeli daripada puan dan wang tersebut masuk dalam pusingan modal?

Jika jawapan Puan adalah Ya.

AlhamdulilLah, tahniah.. Saya cadangkan Puan mendaftar Enterpise. Bermula kecilan daripada Enterprise lebih baik daripada bermula secara besar iaitu Sdn Bhd. Antara kelebihan dan manfaat Enterprise untuk perniagaan puan adalah;

1) Mudah untuk ‘monitor’ atau mengurus duit keluar masuk (dipanggil akaun atau bookeeping).. Saya permudahkan tak semestinya akaun yang rumit, cukup akaun mudah seperti, wang masuk, beli barang mentah, dll.
2) Pada packaging mee kuning Puan boleh letak nama syarikat dan nombor untuk dihubungi.
3) Mudah untuk perluas pemasaran mee kuning Puan.. sebagai contoh nama syarikat pada buku resit & ‘business card’.
4) Untuk melakukan langkah 1,2,&3, tak perlukan modal besar.. cukup dalam lingkungan RM1500 (atau kurang) jika tahu caranya.

Saya boleh beri idea untuk nama syarikat Puan jika Puan buntu.. Cadangan saya adalah dalam linkungan rumah puan (dalam 500m atau lebih barangkali), cuba Puan listkan semua nama mee kuning yang dijual di kedai runcit, pasar borong, pasar basah, kedai Acheh, dan lain-lain.. Cuba kenal-pasti kelemahan dan kelebihan setiap produk. Kemudian Puan listkan kelebihan mee kuning yang Puan miliki.. dan dari situ boleh Puan namakan nama syarikat yang unik dan mudah diingati pengguna. Sebagai contoh SuciMee (syarikat Enterprise).

Nasihat yang saya berikan bukanlah nasihat dari seorang pakar.. Namun AlhamdulilLah, nasihat dan pendapat saya adalah didasarkan atas pengetahuan & pengalaman kecil saya dan rakan-rakan lain yang menceburi bidang perniagaan kecil mahupun sederhana.. AlhamdulilLah.
Jika ada kekurangan saya pohon maaf, dan saya minta Puan perbanyakkan sumber rujukan dari sumber lain.

Saya doakan yang terbaik untuk perniagaan dan perusahaan Puan & suami, semoga berjaya dunia akhirat, insya-ALLAH.. Ameen Ya Rabbal A’lameen.

Terima kasih.

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

Bismillahirrahmanirrahim

AlhamdulilLah, perkembangan terkini..

Syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala, kerana mempermudah segala urusan..

Pertamanya, aku dah dapat offer kerja MES Engineer (Manufacturing Execution System) di sebuah kilang di Senai, JB.. Lapor diri lepas raya 5hb Sept. Syukur aku request basic sama macam mula-mula kerja di Shah Alam dulu (Engineer), tapi HR tambah gaji aku lebih dari expected.. AlhamdulilLah..

Keduanya syukur ke hadrat ALLAH, business IT yang aku dirikan hampir setahun dah mula menampakkan hasil (sales).. dan business ni automatik.. Syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala.. Walaupun masih belum pulang modal, tapi keseluruhan ‘business system’nya memberansangkan..

Ketiganya, syukur lepas hadir kursus Takaful Ikhlas, ada dalam 4 client dah sign-up dan ambil polisi.. syukur ke hadrat ALLAH Ta’la (salah seorang adalah manager KFC)..

Keempat, enterprise yang aku dirikan dah ada cashflow masuk.. Syukur AlhamdulilLah, walaupun x banyak tapi aku syukur dan berdoa moga dipermudahkan ALLAH..

Bila imbas kembali, lama betul dugaan dan sabar.. (tak mahu aku cerita panjang lebar dalam entri ni). AlhamdulilLah, ALLAH bayar sebaiknya dan memang aku tak sangka dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni, syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala.

Ada rezeki planning seterusnya, macam plan asal.. kumpul cashflow untuk aku dirikan platform business satu lagi.. (business system dah ada dalam kepala, AlhamdulilLah). Sebolehnya aku tak mahu buat loan (kalau perlu cuma 25% daripada jumlah keseluruhan projek).

Syukur pada ALLAH Taa’la, masa dulu aku tolak offer PUNB, lepas kaji pro & kontra.. AlhamdulilLah, segala puji bagi ALLAH Ta’ala.

Dalam buntu, aku dapat petua dari seorang sahabat tersayang, perbanyakkan selawat pada junjungan besar RasululLah SAW dan para sahabat, amal ayat seribu dinar, dan solat dhuha insya-ALLAH ALLAH permudahkan jalan dan terbuka pintu rezeki..

AlhamdulilLah, syukur ALLAH tunjukkan jalan di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan.. AlhamdulilLah (tak tahu macam mana aku nak lahirkan dengan tulisan mahupun kata-kata..)

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar berkongsi,

Sabtu lepas aku hadir kursus Takaful Ikhlas di Ikhlas Point, Bangsar South.. AlhamdulilLah, kursus tersebut benar-benar buka minda aku betapa pentingnya mencarum takaful sebagai perlindungan jika terjadi apa-apa malapetaka dan sebagainya..

Dan AlhamdulilLah, pengalaman sendiri yang aku perhati semasa arwah ayah aku meninggal dunia, keluargaku tidak ditinggalkan dalam keadaan susah.. syukur perlindungan Takaful mempermudahkan urusan.. AlhamdulilLah. Langsai liabiliti..

Dan satu perkara lagi, aku lihat betapa penting aspek Takaful dalam perbankan Islam selain membangunkan ekonomi ummah..

Owh, sekadar berkongsi, ada satu soalan yang telah dibangkitkan dalam kursus ini iaitu beza perbankan konvensional & perbankan Islam, serta perbezaan dalam Takaful & Insuran.. AlhamdulilLah, kupasan yang menarik oleh Pembentang En Wan Nahar dari Majlis Pengawasan Syariah, Takaful Ikhlas sendiri.. AlhamdulilLah, aku cukup berpuas hati..

Satu lagi rata-rata yang hadir kursus ada dari kalangan Peguam, Businessman, Engineer, Banking, Hotel Manager, Unit Trust, student, dan berbagai background.. AlhamdulilLah, aku bersyukur dapat meluaskan jaringan network bukan atas dasar takaful semata-mata.. AlhamdulilLah..

Dan ada satu nasihat dari seorang bekas peguam selama 16 tahun, dan kini buka sebuah syarikat sendiri selain menjadi Takaful consultant.. iaitu katanya aku kena belajar menonjolkan diri sendiri.. Hmm, lama juga aku fikir..

Fikir-fikir punya fikir, aku bersetuju.. Aku jarang ‘impress’ orang yang baru aku kenal dengan first impression.. selalunya aku tackle dengan ‘second impression’.. Hmm, mungkin ada certain part tentang diri aku yang kena perbaharui.. AlhamdulilLah, kritikan yang membina..

Dan satu lagi berita baik, masa kursus ni tengah berjalan.. tiba-tiba handset aku berdering.. rupanya ada panggilan daripada x-boss Chinese untuk attend interview Engineer..

AlhamdulLah, memang aku tak sangka pulak.. Sebab dalam 3 bulan ni x pernah lagi aku seriously apply mana-mana job position Engineer..
AlhamdulilLah, anak yatim macam aku ni takde ‘kabel kerja’ cuma
‘KABEL LEBIH BESAR’ yang ada hanyalah daripada ALLAH TA’ALA yang disampaikan melalui doa & restu ibuku.. AlhamdulilLah..

Lepas berbincang dengan mak aku, AlhamdulilLah dari airmuka nampak mak aku gembira betul.. Hmm, lama gak aku bertahan kerja di KFC.. (dan daripada income KFC aku buka Enterprise – business IT kecil, dan start marketing).. AlhamdulilLah, Takaful aku running gak..

Hmm, aku dah korbankan hampir 4 tahun belajar business system [Product-Legal-System-communication-Cashflow].. ilmu yang aku garap selepas grad Universiti.. terjun dalam real business iaitu industri yg setiap satu berbeza bidang dan cabaran.. AlhamdulilLah..

Atas izin ALLAH Ta’ala dah sampai masanya aku buat sesuatu yang aku minat dan suka.. Aku minat Engineering, tapi aku tak mahu income aku semata-mata engineer.. (bila aku explain pada staf kfc.. diorang kata aku gila.. hahhahha.. hmm, susah nak explain kalau letak mindset employee..) Tak kisah apa orang kata, yang penting aku dah menjadii diri aku sendiri.. eayyaahhoooo..!!! AlhamdulilLah..

=====================================================================

Berkongsi Testimonial daripada supervisor Thesis masa di U dulu aku (personally cukup memotivasikan diri aku ~ Engineering, AlhamdulilLah..);

Assoc. Prof. Mohd Ashraf Bin Othman, HOD, UTHM.

“Mr Fathi Afif was formerly a student in the Mechanical Engineering Department, UTHM, formerly known as Kolej Univ. Tek. Tun Hussein Onn. He did his Final Year Project(FYP) under my supervision for nearly a year and obtained an excellent result. This was because of his strong dedication towards research, and persistent towards meeting me and through discussion until the project was completed. His research was far beyond the standard of the minimum requirement for the FYP. This was only possible by virtue of his hard-working character. He liked his work very much and enjoyed it and never got bored. With his good working habit and attitude plus good communication skill, I strongly recommend him to join any company that is related to his area of interest”

~ Jun 26, 2007

=====================================================================

Permudahkanlah dalam Rahmat & RedhaMu Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ameen Ya Rabbal A’alameen.

Fathi Afif Abdullah
www.fb.me/fathi.afif

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

Bismillahirrahmanirrahim

AlhamdulilLah.. aku sekarang progress 3 kerja dalam satu masa.. kerja pertama kerja KFC bahagian memasak (cook dept..), kerja kedua bahagian Takaful Ikhlas.. jual polisi takaful.. dan ketiga ambil komisyen untuk dapatkan projek tender dan sub pada network.. Semuanya aku buat sebab nak cukupkan income minimum RM2200.. Amin. Kerja pertama dan kedua AlhamdulilLah, aku dah ada pengalaman.. tapi kerja ketiga aku baru nak belajar (senang cerita terjun)..

Semuanya gara-gara, penat aku perah kepala otakku pikir macam mana nak increasekan income.. Hmm, memang nensen.. bila compare gaji engineer RM3500++ dan kerja KFC RM800.. Jauh beza.. SubhanalLah.. memang kena belajar tingkatkan FQ.. (Financial Quotient).

Huhuh, satu lagi semalam aku cuba close prospek untuk Takaful (suami isteri).. huhuh.. memang sedih nak cerita… sebab dalam poket aku cuma ada rm0.30.. pakai smart gila macam berduit.. kemeja panjang lagi.. ikutkan hati aku kansel appointment je.. sebab pikir duit minyak motor pergi balik ngam2x.. Tapi AlhamdulilLah.. aku belajar erti JANGAN MUDAH PUTUS ASA..

Syukur, ALLAH Ta’la bantu aku.. kelebihan agen Takaful ni, adalah tiada basic tetapi komisyen long term untuk 6 tahun.. ikutkan Chinese dah lebih terkehadapan dalam bidang Insuran dahulunya..

Owh, lagi satu… minggu lepas aku ambil cuti seminggu kerja KFC.. buat marketing di Jaya Jusco Wangsa Maju.. Buka kaunter di tingkat 2.. AlhamdulilLah, aku dah ada pengalaman marketing di kompeni tempat kerja lama (non-muslim).. sehari aku akan pitching minimum 100 orang dan cuba qualify prospek sekurang-kurangnya 3 orang daripada 100 orang tadi.. AlhamdulilLah.. respon positif.. respon daripada orang lama Takaful pun positif.. katanya semangat orang muda.. (huhuhuhu, hakikatnya aku dah xde comfort zone.. pada sesapa yang tahu sejarah jatuh bangun aku.. huhuuh..).

AlhamdulilLah, untuk long term side income business, aku tengah plan ‘business system’.. aku namakan business secret.. aku dalam proses kumpul modal tanpa buat pinjaman.. fokus paling besar adalah marketing.. atau aku panggil ‘business chassis’.. Ada rezeki model ni sukses aku cerita kemudian..

Hohohoh.. lagi satu bakal girlfren yang aku dah luah perasaan, rupanya dah ada empunya.. member aku sendiri.. pergghhh.. nensen bila aku pikir balik.. rupanya aku dah lambat satu langkah.. luahkan perasaan.. Apapun aku maleh nak berebut.. sebab aku sendiri x suka jkalau member berebut buah hati aku.. huhuhhuh.. aku single dan masih suci lagi.. Ohh Tuhan..!

Apapun yang paling penting, kena fokus pada kerja & kewangan.. dan tak lupa rohani sekurang-kurangnya 2 tahun bermula sekarang..), Amin.. banyak betul yang aku rasa tertinggal.. Usrah.. Hmm… betul-betul lost contact dengan x-naqib aku..

Wallahu’lam

P/s: Sekadar luahan jiwa..

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

kuasa cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Hmm, baru-baru ni ada seorang sahabat karib datang bermalam di rumah.. Kenal sejak belajar di uthm.. (alhamdulilLah, sahabat yang seorang ni dahulunya engineer, kemudian resign dan menjadi Full Time Unit Trust Consultant.. dah berkahwin anak seorang.. moga murah rezekinya dalam rahmat ALLAH Ta’ala, ameen).

Dalam borak-borak, aku terlepas cerita pasal x-gepren lama sejak U.. (aku sebenarnya dikenali lelaki lone ranger.. macam tak bercouple di U.. selalu duduk dalam grup lelaki..)..

Nak jadi cerita, terbuka lah cerita x-gepren yang aku kenal sejak matrikulasi di Nilai.. kemudian dia sambung medical line di USM kubang kerian.. aku pula terdampar di uthm Johor..) Dekat 3-4 tahun berhubung (pakai surat dan henpon jer..).. dan satu lagi memang member-member U tak tau aku dan si dia ni..

Lepas hampir 4 tahun aku putus.. Sebab putus aku pun tak berapa pasti.. Cuma aku dapat sms lebih kurang gini bunyinya,” awak nak jadi lecturer atau engineer?”.. Hmm, memang aku nak jadi engineer, hasrat sejak kecil lagi.. dan terus tak berbalas.. Lepas setahun lebih dapat khabar rupanya kekasih hati ambil pendidikan dan kemudian telah berkahwin..(AlhamdulilLah.. kini dah dapat anak seorang…. moga berbahagia dunia akhirat, Ameen Ya Rabbal A’lameen..).

Huhhhhh, gitulah impak cerita nih.. gelak guling-guling member aku dengar.. sebab tak sangka rupanya aku ada kekasih.. ingatkan single-mingle masa di U…tak layan gadis-gadis U..
“hehehehe, walaupun aku brutal dalam hati ada taman beb!”

Nak jadi cerita lagi, masa putus tu ler.. betul-betul efek pointer aku.. masa tu aku struggle untuk Thesis Tahun akhir.. (research sepatutnya 2 sem.. tapi aku start awal lebih kurang setahun setengah.. campur research sendiri sebelum submit ke jabatan Mekanikal..) Memang betul2 efek diri aku.. rasa macam a loser..

Hmm, daripada kisah putus ni le start hari tu aku rasa susah nak beri harapan pada gadis.. Ramai kawan, tapi jodoh belum sampai..

Dan akhirnya, bila aku start kerja kfc ni.. Syukur ALLAH Ta’ala buka pintu hati aku pada orang baru.. Hmm, beza umur rasanya agak ketara.. 8 tahun.. But aku story pada dia kerjaya aku.. Aku perlu lagi 2 tahun untuk stabil kewangan.. Insya-ALLAH.. (tapi aku x cerita bisnes side income yang aku buat..andai dia dapat terima seadanya AlhamdulilLah..)..

Owwhhh.. lagi satu jujur aku tulis persaingan nak merebut hati gadis memang sengit!! Mungkin zaman IT.. lagi satu beza umur aku yang agak ketara.. dan pemikiran agak sedikit berbeza.. Aku tengah fikir, nak tunggu si dia habis belajar, nak maintain hubungan.. nak jumpa familinya.. nak perkenal pada keluarga aku.. owwhhhh….

AlhamdulilLah, lepas aku luah perasaan aku pada si dia.. katanya beri dia sedikit masa.. dan aku refer pada kawan-kawan perempuan.. aku kena ada sedikit kesungguhan untuk menang hatinya.. (owhh, insya-ALLAH, terus dan terus mencoba..).

AlhamdulilLah, aku masih boleh bersabar..kukuhkan kewangan insya-ALLAH.. Syukur setakat ni aku masih menjaga hubungan.. dan x pernah lagi aku wat bukan-bukan pada anak orang.. AlhamdulilLah..

Hmm, dalam memberi harapan pada si dia, aku pasrahkan hubungan ini pada-NYA..

Andai ada jodohku Engkau permudahkanlah Ya ALLAH, jika bukan jodohku maka Engkau gantilah yang terbaik untuk diriku dan si dia, Ameen Ya Rabbal A’lameen.

p/s: Hmm, semangat cinta ni buat aku rasa semangat luar biasa! kejar matlamat hidup! AlhamdulilLah, dapat satu sumber motivasi diri..!! Hmm, bangkit kembali dari kegagalan.. gagal cinta, gagal berniaga.. Semoga mendapat sinar hidayah-NYA, Ameen.


~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

Bismillahirrahmanirrahim

Hmm, tak banyak aku nak update..

Cuma hasil muhasabah diri aku.. bulan ni genap umur aku menginjak 27 tahun 8 bulan..

Dan AlhamdulilLah, kini aku struggle untuk capai matlamat diri yang dah aku tulis sejak 10/4/2008 pada sehelai kad kecil yang aku selit dalam wallet.. (aku sentiasa bawa kad ni ke mana-mana..). Hmm, matlamat yang aku kena capai sebelum cecah umur 30 tahun.. Insya-ALLAH!

Owh.. lagi satu aku dah hampir 4 bulan kerja di KFC bahagian Cook Dept.. kelakar juga bunyinya.. Mula-mula ada sedikit bantahan dari famili aku.. sebab aku kerja tak sesuai dengan kelayakkan.. (AlhamdulilLah.. gaji kfc dalam linkungan rm800)..

Tapi aku faham apa yang aku nak.. dan apa yang aku buat.. active income.. rm800 (dari kfc) dan passive income aku dah capai rm250 monthly.. Ada rezeki aku nak cuba increase passive income insya-ALLAH.. But How..?? aku pangiil ‘business secret’… Insya-ALLAH… ;) ada rezeki aku tulis di sini laen kali..

Owhhh.. lagi satu aku bersyukur hari ni aku berjaya meluahkan isi hati aku pada seseorang.. Andai ada jodoh semoga ALLAH permudahkan dalam rahmatNYA.. hmm, susah juga nak cari gadis yang boleh terima aku seadanya..

AlhamdulilLah.. Cuma target aku ada lagi 2 tahun untuk bina dan kembangkan platfrom/foundation business.. insya-ALLAH.. Ameen Ya Rabbal A’lameen.

~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~

University Of Life

Bismillahirrahmanirrahim

Bank akan buka payung seluas-luasnya bila hujan (ekonomi merudum)..

Itu antara pesan arwah ayahku yang masih aku ingat.. Jujur minggu lepas aku baru survey ‘RHB easy-money’, ‘CIMB Fast Cash’ dan lain-lain sumber personal loan.. masalahnya kalau aku buat loan atas sole-prop.. ada cagaran iaitu rumah.. Risiko buat bisnes dalam keadaan ekonomi gawat adalah.. (bayangkan bila rumah dicagar pada bank.. Nadzubillahiminzalik)..

Hmm, hampir 2 bulan aku jadi ‘penniless entreprenur’.. Aku dah buat keputusan untuk ‘cut’ bisnes kecil kopi’ (tak provide +ve cashflow).. Dan sekarang aku perlukan ‘sufficient money’ untuk track dan buat marketing untuk bisnes kecil IT… Dan AlhamdulilLah, dalam progress..

Sekarang dalam progress ‘switching’ dapatkan kerja full time dan buat bisnes IT part-time..

Terpaksa ‘restucture’ balik kehidupan aku… Nilaikan balik semua kesilapan yang aku dah buat hampir 2 tahun.. dan correction.. At the moment, dalam keadaan aku ‘terjatuh’ macam ni memang ada perbalahan kecil dalam famili.. tapi aku sabar dan sobar.. memang dugaan..

Lepas aku nilaikan balik apa yang aku buat selama 2 tahun, bukan running ‘Business Quadrant’.. tapi aku sebenarnya beransur-ansur running dari ‘B-Quadrant’ ke ‘Self-employed Quadrant’..


Belajar dari kesilapan

Satu yang positif bila dapat kerja fulltime, mudah buat personal loan dengan slip gaji minimum 3 bulan.. Hmm, peluang dalam kegawatan ekonomi.. (portfolio investment.. dinar & dirham.. dll?)

Business dan Investment kena jalan serentak.. perit rupanya nak jalan business masa down & insufficient cashflow.. Hmm, Wallahua’lam..

Hmm, lagi satu hari ni ada panggilan kedua dari PUNB untuk bengkel kertas kerja PUNB.. Aku terpaksa lepaskan sebab requirementnya mesti bekerja sepenuh masa & mesti ada lokasi perniagaan (bertentangan dengan konsep bisnes IT..).

Hmm.. ~ terpaksa merangkak kembali.. ground zero ~

p/s: Aku ada satu persoalan.. (aku jahil, minta tunjuk ajar).. Soalannya begini, jika aku buat personal loan di Bank Islamic.. interest rate rendah let say 3.9%.. macam mana cara aku nak sucikan loan aku sebelum start invest/business??.. (hmm.. serabut.. pasal aku nak bagi makan diri aku, mak aku, adik-beradik.. errr maybe future wife & future anak-anak aku yg chomey.. errr.. complicatednyer aku pikir.. pohon maaf..)

Sahabat-sahabat yang dikasihi, doakan kelancaran dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk esok.. Interview yang saya ‘aim’.. Semoga berjaya dalam rahmat ALLAH, Ameen Ya Rabbal A’lameen.

Semoga ALLAH mengampuni kejahilan tulisanku..


~ LailahaillalLah Muhammadur RasululLah ~
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad ~

Amaran Ketiga…

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, aku cari kerja part-time, untuk support kewangan aku.. Sempat singgah tengok member jual produk TM Broadband di APD Cheras, dan sahabat-sahabat jual Filter Air di Giant Kajang.. AlhamdulilLah,rindu betul waktu aku kerja kompeni Y dulu, merata hadir event sampai JB..

Owh.. lupa ada headline penting aku nak highlight..

….

Sumber 1: Indeks Harga Makanan Melonjak, Utusan Meloya, Jumaat 4 Februari 2011.

MANILA 3 Feb. – Indeks harga makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencapai paras tertinggi hari ini dan cuaca buruk di seluruh dunia, baru-baru ini boleh menyebabkan kos makanan meningkat lagi, satu isu yang telah pun mendorong mencetuskan protes di seluruh Asia Barat.

Meningkat buat tujuh bulan berturut-turut, Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) hari ini mencecah paras tertinggi sejak rekod mula dicatat pada 1990, dan mengatasi paras tertinggi sebelum ini iaitu 224.1 pada Jun 2008, semasa krisis makanan 2007/2008.

“Angka terbaru itu jelas menunjukkan peningkatan harga makanan dunia belum reda.

“Harga tinggi itu dijangka berlarutan selama beberapa bulan lagi,” kata ahli ekonomi FAO, Abdolreza Abbassian.

Lonjakan harga makanan kembali menjadi tumpuan selepas turut menjadi faktor yang memarakkan kemarahan rakyat yang membawa kepada kejatuhan Presiden Tunisia pada Januari lalu dan telah merebak ke Mesir dan Jordan. – Reuters

Sumber 2: Libya In Turnmoil The Star Malaysia, 22 February 2011.

Libya holds Africa’s biggest oil reserves and oil prices jumped US$1.67 (RM5.06) to nearly US$88 (RM267.12) a barrel yesterday.

The Coming Economic Collapse

AlhamdulilLah, masa aku praktikal di Perodua tahun 2006 dan kerja di Flextronics 2007.. Kedua-dua kilang ni dah bersedia dengan ‘economic crunch’.. Paling teruk, investor Flextronics seperti Korea, dan lain-lain tarik diri dan beralih ke China.. Bayangkan kilang paling besar di Shah Alam dengan pekerja lebih 5k ditutup… Personally, angka kasar (lebih 70% masih tak dapat kerja termasuk aku..). 2 kilang Intel di Pulau Pinang juga dah di’vss’.. (personally jangan harap nak baca artikel macam ni di muka depan akhbar Utusan Meroyan , cuma column kecil je.. percayalah..)..

Sebenarnya apa yang aku nak highlight.. ekonomi teruk dan lembap sekarang.. Aku dah tak fokus untuk dapat kerja melalui jobstreet (tapi kini aku da tak mengharap/memilih dengan keadaan ekonomi macam ni..)

Kalau lihat pic di atas ni, adalah permohonan melalui jobstreet.com.my.. (aku bayar priority application supaya duduk dalam listing teratas atau kata lain ‘out of competition’..). Tapi bayangkan kalau satu permohonan dekat 713 calon.. takke berserabut kepala majikan..?? (campur fresh grad dari IPTA,IPTS, Kolej, Poli.. bla-bla.., graduate oversea, pekerja berpengalaman, pekerja vss, dsb..). Ouch.. penin!

Dan satu lagi, apa yang aku risau pasal bisnes kopi adalah (AlhamdulilLah, dari pengalaman aku berkerja dengan orang & berkerja sendiri.. aku turut belajar flow proses manufacturing termasuk proses packaging dan marketing..) Satu point yang aku nak tulis, hampir 80% ingredient/ramuan makanan diimport dari negara luar seperti China & Holland.. SubhanalLah.. mesin pun import dari China (ada segelintir business owner menyewa mesin atas nama ‘contract manufacturing’..untuk reduce costs).. Aku tak dapat bayang kesan ekonomi pada perniagaan2 termasuk bisnes kecil aku sendiri.. Wallahua’lam..

Recommend: The Coming Economic Collapse, How you can thrive when oil costs $200 a barrel, by Stephen Leeb Phd, Publisher; Warner Business Books.

~ cari payung walaupun dah hujan~

Semoga ALLAH mengampuni kejahilan tulisanku sendiri..

~ LailahaillalLah Muhammadur RasululLah ~
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad ~

Kecil-kecil api..

Bismillahirrahmanirrahim

Hmm, tak banyak aku nak coret malam ni.. (adehh.. tapi kalau aku dah start menulis, mula laa meleret.. hmm..).

Semalam dalam pukul 10 pagi, aku dapat panggilan dari Creo* Credit services.. untuk langsaikan tunggakan terakhir baki motorsikal Fz150i sebelum pukul 2 ptg, muktamad! Selepas pukul 2 pm, agen Creo* Credit akan datang untuk tarik motorsikal aku.. tindakan selanjutnya adalah melelong motorsikal aku dengan harga rm2k atau rm3k (ikut nilai semasa).. dan aku kena jelaskan baki pinjaman hutang..

(Motorsikal ni satu-satunya liabiliti yang aku beli masa kerja engineer.. dan aku sayang nak lepaskan sebab simbolik jatuh-bangun aku.. )

perghhh.. Kalau nak tebus balik, kena bayar ‘lump-sum’ 3 bulan sekaligus (termasuk late chrages) dalam masa 21 hari..

Hmm, dalam kepala aku ligat.. fikir mana nak cari duit dalam masa 4 jam!! (dengan kata lain sebelum agen datang tarik motorsikal depan famili aku..).

AlhamdulilLah, aku terus keluar ke outlet-outlet lama (dengan senarai list credit) dan minta selesaikan hutang lama.. Personally, jujur aku nak tulis dalam blog ni, paling menyakitkan hati aku segelintir restoran mamak.. sebab ‘putar-belitnya’..

Aku malas nak panjang cerita, terus beransur ke outlet lain.. AlhamdulilLah.. Dan plus pinjam duit sahabat.. AlhamdulilLah pukul 1pm.. clear payment 1 bulan.. dan lepas ancaman tarik motorsikal..

AlhamdulilLah, ALLAH beri petunjuk.. motorsikal ni sahabat aku offer untuk sewa dengan charge sebulan RM250.00.. (servis sendiri).. AlhamdulilLah, lepas liabiliti motorsikal aku.. (Aku yakin dengan sahabatku ni sebab dia seorang guru.. dan agak cermat.. dari pemerhatian aku sendiri..).

AlhamdulilLah, syukur ALLAH tunjukkan dan permudahkan jalan.. padam satu api kecil.. Akhir bulan depan ada satu lagi masalah kewangan (api kecil) yang aku kena face.. Masalah roadtax kereta dan motorsikal (termasuk saman ekor).. dan satu lagi taksiran cukai 2010..

Bisnes kecil kopi aku cuti sementara 2 bulan! terpaksa ubah sistem balik!

Semoga ALLAH mengampuni kejahilan tulisanku sendiri, Ameen Ya Rabbal A’lameen.

….

Catatan:
* ilham yang hadir selepas buntu.. Sekadar berkongsi antara kilang-kilang pengeluaran yang praktik solat dhuha untuk stafnya adalah kilang HPA.. Wallahua’lam

Sekadar berkongsi:
Liabiliti paling besar adalah rumah anda.. ~ Robert Kiyosaki ~.. Wallahualam.

….

~ LailahaillalLah Muhammadur RasululLah ~
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad ~

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.