Bismillahirrahmanirrahim
Hmm, baru-baru ni ada seorang sahabat karib datang bermalam di rumah.. Kenal sejak belajar di uthm.. (alhamdulilLah, sahabat yang seorang ni dahulunya engineer, kemudian resign dan menjadi Full Time Unit Trust Consultant.. dah berkahwin anak seorang.. moga murah rezekinya dalam rahmat ALLAH Ta’ala, ameen).
Dalam borak-borak, aku terlepas cerita pasal x-gepren lama sejak U.. (aku sebenarnya dikenali lelaki lone ranger.. macam tak bercouple di U.. selalu duduk dalam grup lelaki..)..
Nak jadi cerita, terbuka lah cerita x-gepren yang aku kenal sejak matrikulasi di Nilai.. kemudian dia sambung medical line di USM kubang kerian.. aku pula terdampar di uthm Johor..) Dekat 3-4 tahun berhubung (pakai surat dan henpon jer..).. dan satu lagi memang member-member U tak tau aku dan si dia ni..
Lepas hampir 4 tahun aku putus.. Sebab putus aku pun tak berapa pasti.. Cuma aku dapat sms lebih kurang gini bunyinya,” awak nak jadi lecturer atau engineer?”.. Hmm, memang aku nak jadi engineer, hasrat sejak kecil lagi.. dan terus tak berbalas.. Lepas setahun lebih dapat khabar rupanya kekasih hati ambil pendidikan dan kemudian telah berkahwin..(AlhamdulilLah.. kini dah dapat anak seorang…. moga berbahagia dunia akhirat, Ameen Ya Rabbal A’lameen..).
Huhhhhh, gitulah impak cerita nih.. gelak guling-guling member aku dengar.. sebab tak sangka rupanya aku ada kekasih.. ingatkan single-mingle masa di U…tak layan gadis-gadis U..
“hehehehe, walaupun aku brutal dalam hati ada taman beb!”
Nak jadi cerita lagi, masa putus tu ler.. betul-betul efek pointer aku.. masa tu aku struggle untuk Thesis Tahun akhir.. (research sepatutnya 2 sem.. tapi aku start awal lebih kurang setahun setengah.. campur research sendiri sebelum submit ke jabatan Mekanikal..) Memang betul2 efek diri aku.. rasa macam a loser..
Hmm, daripada kisah putus ni le start hari tu aku rasa susah nak beri harapan pada gadis.. Ramai kawan, tapi jodoh belum sampai..
Dan akhirnya, bila aku start kerja kfc ni.. Syukur ALLAH Ta’ala buka pintu hati aku pada orang baru.. Hmm, beza umur rasanya agak ketara.. 8 tahun.. But aku story pada dia kerjaya aku.. Aku perlu lagi 2 tahun untuk stabil kewangan.. Insya-ALLAH.. (tapi aku x cerita bisnes side income yang aku buat..andai dia dapat terima seadanya AlhamdulilLah..)..
Owwhhh.. lagi satu jujur aku tulis persaingan nak merebut hati gadis memang sengit!! Mungkin zaman IT.. lagi satu beza umur aku yang agak ketara.. dan pemikiran agak sedikit berbeza.. Aku tengah fikir, nak tunggu si dia habis belajar, nak maintain hubungan.. nak jumpa familinya.. nak perkenal pada keluarga aku.. owwhhhh….
AlhamdulilLah, lepas aku luah perasaan aku pada si dia.. katanya beri dia sedikit masa.. dan aku refer pada kawan-kawan perempuan.. aku kena ada sedikit kesungguhan untuk menang hatinya.. (owhh, insya-ALLAH, terus dan terus mencoba..).
AlhamdulilLah, aku masih boleh bersabar..kukuhkan kewangan insya-ALLAH.. Syukur setakat ni aku masih menjaga hubungan.. dan x pernah lagi aku wat bukan-bukan pada anak orang.. AlhamdulilLah..
Hmm, dalam memberi harapan pada si dia, aku pasrahkan hubungan ini pada-NYA..
Andai ada jodohku Engkau permudahkanlah Ya ALLAH, jika bukan jodohku maka Engkau gantilah yang terbaik untuk diriku dan si dia, Ameen Ya Rabbal A’lameen.
p/s: Hmm, semangat cinta ni buat aku rasa semangat luar biasa! kejar matlamat hidup! AlhamdulilLah, dapat satu sumber motivasi diri..!! Hmm, bangkit kembali dari kegagalan.. gagal cinta, gagal berniaga.. Semoga mendapat sinar hidayah-NYA, Ameen.
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~