Bismillahirrahmanirrahim
Sekadar berkongsi,
Sabtu lepas aku hadir kursus Takaful Ikhlas di Ikhlas Point, Bangsar South.. AlhamdulilLah, kursus tersebut benar-benar buka minda aku betapa pentingnya mencarum takaful sebagai perlindungan jika terjadi apa-apa malapetaka dan sebagainya..
Dan AlhamdulilLah, pengalaman sendiri yang aku perhati semasa arwah ayah aku meninggal dunia, keluargaku tidak ditinggalkan dalam keadaan susah.. syukur perlindungan Takaful mempermudahkan urusan.. AlhamdulilLah. Langsai liabiliti..
Dan satu perkara lagi, aku lihat betapa penting aspek Takaful dalam perbankan Islam selain membangunkan ekonomi ummah..
Owh, sekadar berkongsi, ada satu soalan yang telah dibangkitkan dalam kursus ini iaitu beza perbankan konvensional & perbankan Islam, serta perbezaan dalam Takaful & Insuran.. AlhamdulilLah, kupasan yang menarik oleh Pembentang En Wan Nahar dari Majlis Pengawasan Syariah, Takaful Ikhlas sendiri.. AlhamdulilLah, aku cukup berpuas hati..
Satu lagi rata-rata yang hadir kursus ada dari kalangan Peguam, Businessman, Engineer, Banking, Hotel Manager, Unit Trust, student, dan berbagai background.. AlhamdulilLah, aku bersyukur dapat meluaskan jaringan network bukan atas dasar takaful semata-mata.. AlhamdulilLah..
Dan ada satu nasihat dari seorang bekas peguam selama 16 tahun, dan kini buka sebuah syarikat sendiri selain menjadi Takaful consultant.. iaitu katanya aku kena belajar menonjolkan diri sendiri.. Hmm, lama juga aku fikir..
Fikir-fikir punya fikir, aku bersetuju.. Aku jarang ‘impress’ orang yang baru aku kenal dengan first impression.. selalunya aku tackle dengan ‘second impression’.. Hmm, mungkin ada certain part tentang diri aku yang kena perbaharui.. AlhamdulilLah, kritikan yang membina..
Dan satu lagi berita baik, masa kursus ni tengah berjalan.. tiba-tiba handset aku berdering.. rupanya ada panggilan daripada x-boss Chinese untuk attend interview Engineer..
AlhamdulLah, memang aku tak sangka pulak.. Sebab dalam 3 bulan ni x pernah lagi aku seriously apply mana-mana job position Engineer..
AlhamdulilLah, anak yatim macam aku ni takde ‘kabel kerja’ cuma
‘KABEL LEBIH BESAR’ yang ada hanyalah daripada ALLAH TA’ALA yang disampaikan melalui doa & restu ibuku.. AlhamdulilLah..
Lepas berbincang dengan mak aku, AlhamdulilLah dari airmuka nampak mak aku gembira betul.. Hmm, lama gak aku bertahan kerja di KFC.. (dan daripada income KFC aku buka Enterprise – business IT kecil, dan start marketing).. AlhamdulilLah, Takaful aku running gak..
Hmm, aku dah korbankan hampir 4 tahun belajar business system [Product-Legal-System-communication-Cashflow].. ilmu yang aku garap selepas grad Universiti.. terjun dalam real business iaitu industri yg setiap satu berbeza bidang dan cabaran.. AlhamdulilLah..
Atas izin ALLAH Ta’ala dah sampai masanya aku buat sesuatu yang aku minat dan suka.. Aku minat Engineering, tapi aku tak mahu income aku semata-mata engineer.. (bila aku explain pada staf kfc.. diorang kata aku gila.. hahhahha.. hmm, susah nak explain kalau letak mindset employee..) Tak kisah apa orang kata, yang penting aku dah menjadii diri aku sendiri.. eayyaahhoooo..!!! AlhamdulilLah..
=====================================================================
Berkongsi Testimonial daripada supervisor Thesis masa di U dulu aku (personally cukup memotivasikan diri aku ~ Engineering, AlhamdulilLah..);
Assoc. Prof. Mohd Ashraf Bin Othman, HOD, UTHM.
“Mr Fathi Afif was formerly a student in the Mechanical Engineering Department, UTHM, formerly known as Kolej Univ. Tek. Tun Hussein Onn. He did his Final Year Project(FYP) under my supervision for nearly a year and obtained an excellent result. This was because of his strong dedication towards research, and persistent towards meeting me and through discussion until the project was completed. His research was far beyond the standard of the minimum requirement for the FYP. This was only possible by virtue of his hard-working character. He liked his work very much and enjoyed it and never got bored. With his good working habit and attitude plus good communication skill, I strongly recommend him to join any company that is related to his area of interest”
~ Jun 26, 2007
=====================================================================
Permudahkanlah dalam Rahmat & RedhaMu Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ameen Ya Rabbal A’alameen.
Fathi Afif Abdullah
www.fb.me/fathi.afif
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~