Bismillahirrahmanirrahim
Ada soalan bertarikh July 22, 2011 at 7:46 am daripada Pn Saparizan (pohon maaf kerana saya agak lama tidak update blog);
Husband saya baru memulakan perusahaan mee kuning secara kecil-kecilan dirumah. Boleh tolong beri pendapat.Adakah kami perlu daftarkan nama syarikat sendiri untuk memperkembangkan perusahaan. Dari apa yang saya baca Enterprise adalah lebih sesuai daripada sdn bhd. Selain dari itu saya buntu untuk memikirkan nama syarikat yang sesuai untuk didaftarkan.
Terima kasih kepada Pn Saparizan, atas soalan yang bagus. Sebelum menjawab soalan Pn, saya ingin bertanya.. adakah hasil perusahaan mee kuning puan dah ada sumber wang masuk? Maksud saya dah ada list/senarai pelanggan-pelanggan yang membeli daripada puan dan wang tersebut masuk dalam pusingan modal?
Jika jawapan Puan adalah Ya.
AlhamdulilLah, tahniah.. Saya cadangkan Puan mendaftar Enterpise. Bermula kecilan daripada Enterprise lebih baik daripada bermula secara besar iaitu Sdn Bhd. Antara kelebihan dan manfaat Enterprise untuk perniagaan puan adalah;
1) Mudah untuk ‘monitor’ atau mengurus duit keluar masuk (dipanggil akaun atau bookeeping).. Saya permudahkan tak semestinya akaun yang rumit, cukup akaun mudah seperti, wang masuk, beli barang mentah, dll.
2) Pada packaging mee kuning Puan boleh letak nama syarikat dan nombor untuk dihubungi.
3) Mudah untuk perluas pemasaran mee kuning Puan.. sebagai contoh nama syarikat pada buku resit & ‘business card’.
4) Untuk melakukan langkah 1,2,&3, tak perlukan modal besar.. cukup dalam lingkungan RM1500 (atau kurang) jika tahu caranya.
Saya boleh beri idea untuk nama syarikat Puan jika Puan buntu.. Cadangan saya adalah dalam linkungan rumah puan (dalam 500m atau lebih barangkali), cuba Puan listkan semua nama mee kuning yang dijual di kedai runcit, pasar borong, pasar basah, kedai Acheh, dan lain-lain.. Cuba kenal-pasti kelemahan dan kelebihan setiap produk. Kemudian Puan listkan kelebihan mee kuning yang Puan miliki.. dan dari situ boleh Puan namakan nama syarikat yang unik dan mudah diingati pengguna. Sebagai contoh SuciMee (syarikat Enterprise).
Nasihat yang saya berikan bukanlah nasihat dari seorang pakar.. Namun AlhamdulilLah, nasihat dan pendapat saya adalah didasarkan atas pengetahuan & pengalaman kecil saya dan rakan-rakan lain yang menceburi bidang perniagaan kecil mahupun sederhana.. AlhamdulilLah.
Jika ada kekurangan saya pohon maaf, dan saya minta Puan perbanyakkan sumber rujukan dari sumber lain.
Saya doakan yang terbaik untuk perniagaan dan perusahaan Puan & suami, semoga berjaya dunia akhirat, insya-ALLAH.. Ameen Ya Rabbal A’lameen.
Terima kasih.
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~