Bismillahirrahmanirrahim
AlhamdulilLah, perkembangan terkini..
Syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala, kerana mempermudah segala urusan..
Pertamanya, aku dah dapat offer kerja MES Engineer (Manufacturing Execution System) di sebuah kilang di Senai, JB.. Lapor diri lepas raya 5hb Sept. Syukur aku request basic sama macam mula-mula kerja di Shah Alam dulu (Engineer), tapi HR tambah gaji aku lebih dari expected.. AlhamdulilLah..
Keduanya syukur ke hadrat ALLAH, business IT yang aku dirikan hampir setahun dah mula menampakkan hasil (sales).. dan business ni automatik.. Syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala.. Walaupun masih belum pulang modal, tapi keseluruhan ‘business system’nya memberansangkan..
Ketiganya, syukur lepas hadir kursus Takaful Ikhlas, ada dalam 4 client dah sign-up dan ambil polisi.. syukur ke hadrat ALLAH Ta’la (salah seorang adalah manager KFC)..
Keempat, enterprise yang aku dirikan dah ada cashflow masuk.. Syukur AlhamdulilLah, walaupun x banyak tapi aku syukur dan berdoa moga dipermudahkan ALLAH..
Bila imbas kembali, lama betul dugaan dan sabar.. (tak mahu aku cerita panjang lebar dalam entri ni). AlhamdulilLah, ALLAH bayar sebaiknya dan memang aku tak sangka dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni, syukur ke hadrat ALLAH Ta’ala.
Ada rezeki planning seterusnya, macam plan asal.. kumpul cashflow untuk aku dirikan platform business satu lagi.. (business system dah ada dalam kepala, AlhamdulilLah). Sebolehnya aku tak mahu buat loan (kalau perlu cuma 25% daripada jumlah keseluruhan projek).
Syukur pada ALLAH Taa’la, masa dulu aku tolak offer PUNB, lepas kaji pro & kontra.. AlhamdulilLah, segala puji bagi ALLAH Ta’ala.
Dalam buntu, aku dapat petua dari seorang sahabat tersayang, perbanyakkan selawat pada junjungan besar RasululLah SAW dan para sahabat, amal ayat seribu dinar, dan solat dhuha insya-ALLAH ALLAH permudahkan jalan dan terbuka pintu rezeki..
AlhamdulilLah, syukur ALLAH tunjukkan jalan di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan.. AlhamdulilLah (tak tahu macam mana aku nak lahirkan dengan tulisan mahupun kata-kata..)
~ Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahailalLah Muhammadur RasululLah SAW ~